Saturday, December 20, 2014

STUDY WEEK DI KAMPONG...

Kak.Teh pulang untuk study week di kampong.. Sebenarnya rindu kat kampong tu dan juga menu makanan kegemaran di kampong...homesick le tu..

Tak pe lah...marilah berehat di kampong..kebetulan pulak Abang Naim dan Kak pun ada kat rumah..bolehlah berjumpa dan bertanya khabar..berkumpul di akhir tahun begini..memang seronok tambahan pulak musim banjir...tak dapat main air pun tak pe asal boleh tengok keadaan banjir tu..

Cuma Kak Ngah jah yang telah bercuti awal baru ni..so kurang seorang..




SELAMAT BERCUTI DI KAMPONG

Touchdown pukul 9.30 pagi di Airport Pengkalan Chepa, Kelantan dalam keadaan hujan yang lebat. Alhamdulillah, penerbangan sampai ikut jadual.. Pukul 7 pagi dari Besut....hujan lebat dan air melintas di beberapa bahagian jalanraya menghala ke Pengkalan Chepa..






Bercuti dan rehat minda...



Solat Hajat

Lepas Jumaat semalam, 19.12.2014 buat majlis Solat Hajat untuk anakanda Fadhilah agar diberi keselamatan dan kemudahan bila berada di Kuching nanti untuk bersalin anak sulong.. Kepada Allah jua kita memohon....




Musim Tengkujuh Fasa Dua

Tahun ni hujan menjadi- jadi nampaknya...kawasan rendah mulai dipenuhi air... Banjir, banjir sana sini. Nampaknya tahun ini lebih hebat.. Pada yang terlibat banjir, bersabarlah kerana ini semua dugaan Allah.





Monday, December 8, 2014

Balik Ipoh

Ahad : 7.12.2014


Bertolak dari Kg.Raja Besut ke Ipoh untuk pulang menziarahi bonda yang uzur. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah hendaknya. Semasa memulakan perjalanan, hujan lebat tetapi selepas lebuhraya timur barat, cuaca panas dan mendung sedikit.. Alhamdulillah, jam 4.00ptg, selamat sampai Ipoh..



Masjid Gemang, Jeli, Kelantan.


Check in di Hotel Fair Par, Kepayang, Ipoh.


Makan malam di Dataran Bandaraya, Greentown, Ipoh..


Qasrina bergambar di tugu menara di Dataran Ipoh Greentown...


Kak Dan Keri Pulang

Sabtu : 6.12.2014


Alhamdulillah jam 1.45 ptg, penerbangan Air Asia dari Kuching Sarawak telah selamat mendarat di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan lebih kurang dua jam. 

Selamat pulang Kak dan Keri. Sempat juga berjumpa di airport sebelum pulang ke Besut.. Dapat rasa buah tangan Sarawak..kek lapis Sarawak!