Saturday, December 20, 2014

STUDY WEEK DI KAMPONG...

Kak.Teh pulang untuk study week di kampong.. Sebenarnya rindu kat kampong tu dan juga menu makanan kegemaran di kampong...homesick le tu..

Tak pe lah...marilah berehat di kampong..kebetulan pulak Abang Naim dan Kak pun ada kat rumah..bolehlah berjumpa dan bertanya khabar..berkumpul di akhir tahun begini..memang seronok tambahan pulak musim banjir...tak dapat main air pun tak pe asal boleh tengok keadaan banjir tu..

Cuma Kak Ngah jah yang telah bercuti awal baru ni..so kurang seorang..




SELAMAT BERCUTI DI KAMPONG

Touchdown pukul 9.30 pagi di Airport Pengkalan Chepa, Kelantan dalam keadaan hujan yang lebat. Alhamdulillah, penerbangan sampai ikut jadual.. Pukul 7 pagi dari Besut....hujan lebat dan air melintas di beberapa bahagian jalanraya menghala ke Pengkalan Chepa..






Bercuti dan rehat minda...



Solat Hajat

Lepas Jumaat semalam, 19.12.2014 buat majlis Solat Hajat untuk anakanda Fadhilah agar diberi keselamatan dan kemudahan bila berada di Kuching nanti untuk bersalin anak sulong.. Kepada Allah jua kita memohon....




Musim Tengkujuh Fasa Dua

Tahun ni hujan menjadi- jadi nampaknya...kawasan rendah mulai dipenuhi air... Banjir, banjir sana sini. Nampaknya tahun ini lebih hebat.. Pada yang terlibat banjir, bersabarlah kerana ini semua dugaan Allah.





Monday, December 8, 2014

Balik Ipoh

Ahad : 7.12.2014


Bertolak dari Kg.Raja Besut ke Ipoh untuk pulang menziarahi bonda yang uzur. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah hendaknya. Semasa memulakan perjalanan, hujan lebat tetapi selepas lebuhraya timur barat, cuaca panas dan mendung sedikit.. Alhamdulillah, jam 4.00ptg, selamat sampai Ipoh..



Masjid Gemang, Jeli, Kelantan.


Check in di Hotel Fair Par, Kepayang, Ipoh.


Makan malam di Dataran Bandaraya, Greentown, Ipoh..


Qasrina bergambar di tugu menara di Dataran Ipoh Greentown...


Kak Dan Keri Pulang

Sabtu : 6.12.2014


Alhamdulillah jam 1.45 ptg, penerbangan Air Asia dari Kuching Sarawak telah selamat mendarat di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan lebih kurang dua jam. 

Selamat pulang Kak dan Keri. Sempat juga berjumpa di airport sebelum pulang ke Besut.. Dapat rasa buah tangan Sarawak..kek lapis Sarawak!



Saturday, November 15, 2014

MUSIM HUJAN DAH TIBA..

Hujan bermula pada Khamis 13 November 2014.....



Saturday, October 18, 2014

PERSEDIAAN MUSIM TENGKUJUH

Musim Tengkujuh sudah pun tiba, jadi mana mana yang perlu dibaiki kenalah dibaiki segera..


SELAMAT BERJUMPA..

Setelah lama tidak berjumpa, akhirnya tak disangka Jumaat17.10.2014, kita dipertemukan.. Semoga silaturrahim dan perhubungan baik ini berkekalan hendaknya...





Sempat bergambar kenangan di jeti Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian..


SEMOGA SEMBUH SEGERA..

Bila hidup dimamah usia, maka tidak dapat tidak ujian Allah kepada hambanya pasti tiba..

Kami sentiasa doakan agar bonda cepat sembuh dan kembali seperti sediakala..Terima kasih diucapkan kepada saudara mara yang menziarahi...



SELAMAT BERTUGAS..

Selamat bertugas buat anakanda Naim. Bertugaslah dengan penuh perasaan tanggungjawab dan berdedikasi. Semoga mendapat ganjaran daripadaNya nanti...



Tuesday, October 7, 2014

SELAMAT JALAN KAK NGAH




Nyaris-nyaris tak tertinggal flight ke KL... Just in time! Phew.... Kesesakan lalu lintas punya hal!



HARI RAYA HAJI

Selamat pulang berhari raya buat anak-anak dan adik beradik semua.. Kepulangan kalian jua merupakan suatu pengorbanan....





Terima kasih semua....


KONVO NAIM

Tahniah buat anakanda Naim atas kejayaan yang dicapai setelah bertungkus lumus selama empat tahun di UNiKL MIAT..








Friday, September 5, 2014

SEKITAR PENDAFTARAN NUR DI UITM SHAH ALAM

Pendaftaran Pelajar baru pada 2 September 2014 di Kampus UiTM Shah Alam..